Panggilan 'nakal' musim cuti banyak
Oleh Hussain Said
Ketiadaan aktiviti punca kanak-kanak, remaja ganggu talian kecemasan
SEREMBAN: Kajian Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan (JBPNS) mendapati setiap kali musim cuti persekolahan panggilan kacau ganggu talian kecemasan yang diterima meningkat berbanding hari biasa.
Pengarah JBPNS, Mohd Salleh Sarbini, berkata peningkatan panggilan itu berkemungkinan disebabkan kanak-kanak dan remaja kurang aktiviti seperti hari persekolahan yang menyebabkan mereka membuat panggilan berkenaan.
"Saya berharap ibu bapa dapat memainkan peranan bagi menerangkan kepentingan talian kecemasan dan kegunaannya kepada anak mereka.
"Ia perlu dilakukan kerana perbuatan mereka bukan saja menyukarkan pihak bomba memberikan bantuan kecemasan malah boleh membahayakan nyawa orang yang memerlukan bantuan segera," katanya.
Mohd Salleh berkata, ibu bapa juga perlu mengingatkan anak masing-masing bahawa perbuatan yang dilakukan itu adalah salah dari segi undang-undang dan boleh dikenakan tindakan.
--> fine, keep on blaming the parents..and at the same time, let more radio stations air their prank calls segment (e.g. gotcha, panggilan hangit, kene kantoi)
..talking about education..sigh
No comments:
Post a Comment